Aermie yusoff

Aermie yusoff

Tuesday, February 2, 2016

Kanser Usus dan Rahim Tahap 4

Hai semua...

berbalik kepada entri aku pasal Hernia...Apa itu Hernia? 

So...kenapa aku tulis entry pasal Hernia? 

27 September 2015
 
Maklong aku menghidap penyakit tersebut tapi masih belum disahkan sebab doktor yang aku jumpa di klinik harian biasa suruh refer hospital untuk konfirmkan lagi apa penyakit maklong aku,. sebenarnya aku perasan perut maklong aku ada bonjolan n then aku tanya maklong aku apa benda yg berbonjol tu..maklong aku baru ceritakan yg benda ni dah lama ada..dalam hati aku masa tu marah sgt kenapa maklong aku xbgtau awal2 tntang bonjolan tu..sebab bonjolan tu dah terkeluar n kembung dah di pusat.. esok tu terus aku bawa maklong aku ke klinik..masa tu 2 or 3 hari lepas raya haji tahun lepas..byk klinik tutp tapi redah ja pergi sbb ya la takut ada apa2 kan bnda xelok jadi.. 

masa pergi klinik tu doktor sahkan hernia..mgkin disebabkan angkat berat or buat bnda yg banyak melibatkan pergerakan.. tapi dktor tulis surat untuk rujuk ke hospital kerajaan.. 

tapi tau2 ja lah kalau p kerajaan bila yg nak setlenya...orang ramai sgt kan..so aku decide dgn fmly aku yg lain untuk p Lam Wah Ee Hospital ja..biarlah mahal pun asalkan cepat..lagipun mak long aku ada la juga duit n dia nak dpt EPF dah masa tu..

28 September 2015

So tarikh ni aku bawa mak long aku ke Lam Wah Ee n bg surat doktor klinik tu n buat pendaftaran untuk maklong aku semua... n mak long aku dapat doktor yang agak pakar la..atau yg paling tinngi pangkat di Lam Wah EE tu..Dr Dato Yip Kok Thye (General Surgeon)..Dr. ni la yg akan check mak long aku ni...oh ya ramainya la org dkt hospital ni walaupun hospital swasta..dalam 4 jam juga aku n maklong aku menuggu gilaran..bila sampai giliran kami, aku n maklong aku masuk jumpa Dr. Yip ni n then dia tanya maklong aku sakit apa..tapi aku cakap ada surat refference yg dah dikeluarkan oleh Klinik yg aku bawa p check tu... n then Dr Yip tu check maklong aku dalam 5minit n kmudian dia suruh mak long aku datang buat appointment 2 hari lagi untuk buat CT scan..so aku pun pulang la ke rumah dgn tanda tanya apa penyakit sebenar mak long aku sbb Dr xboleh decide betul ke Hernia selagi CT Scan dan Xray x dibuat..

30 September 2015

Ni tarikh appointment mak long aku dgn Dr Yip..tapi sebelum jumpa mak long aku kena pergi buat CT Scan dulu.. Guess What nak buat CT Scan tu kena RM 910.00.. aku masa tu bawa RM400.00 saja..n then kalut aku telefon kak aku suruh bank in kan duit dkt aku..alhamdulillah sejam lepas tu abg ipar aku bank in dkt aku..n aku pun bawa mak long aku yg OKU ni p buat CT Scan sbb kena bayar dulu baru boleh buat..xbayar xboleh buat..dalam sejam setengah juga mak long aku buat CT Scan tu...aku tggu ja dkt luar,,,dalam hati aku menyesal n sedih kenapa aku biar mak long aku masuk sorang2 n aku tggu ja dkt luar,, ya la sbb mak long aku OKU n xboleh bercakap bahasa yg org faham..for sure nurse2 n doktor kat situ xfaham apa yg mak long aku ckp nanti..n yess apa yg aku rasa betul..sbb tiba2 ada annoucement nama Mak long aku..n then aku pun pergi laa...oghh rupanya aku kena sign surat untuk mak long aku buat Ct Scan n isi borang2 semua..mak long aku xreti menulis n membaca..so aku pun dibenarkan masuk ke tempat mak long aku buat CT Scan tu..

Lepas habis buat CT Scan n radiology process, mak long aku cerita la macam2 yg dia kena cucuk dkt tgn n kena masuk ubat dkt punggung...walaupun aku agak sedikit faham n xfaham aku dgrkan ja..dia cakap sakit..tapi xpa aku bgtau memang sakit tp xpa la nk buat mcm na..kena sabar..aku xpndai untuk pujuk orang..ntah lah mmg kelemahan aku..lepaas lunch hour aku bawa mak long aku p tggu untuk appointment dgn Dr. Yip ungtuk result CT Scan tadi...

Time aku n mak long aku masuk untuk jumpa Dr.Yip, Dr.Yip tgk ja Mak Long aku n then dia cakap Jalilah, (dia geleng kepala) u ada ketumbuhan dkt usus..n dalam rahim...ada 2 tempat ketumbuhan..untuk rahim u kena jumpa Dr Pakar Puan.. Ya allah ya tuhanku, sayu hati aku bila Dr. Yip cakap mcm tu.. dalam hati aku aku pikirkan just nyawa maklong aku...aku takut ajal maklong aku hampir tiba..aku takut...masa tu aku xdpt pikir lagi apa ketumbuhan yg ada tu..aku tanya Dr.Yip dan beliau xdpt pastikan lagi..n beliau suruh mak long aku buat appointment lagi untuk 2 hari lagi untuk buat colonoscopy pada 2 October 2015..n aku dibgtahu untuk membayar deposit pada hari tersebut sebanyak RM1300..

2 October 2015

Masa ni. aku paksa juga kak aku untuk datang teman aku n maklong aku since aku xbrapa nk pndai dgn pyakit2 ni suma..so that kak aku bleh setelkan n tanya tentang details pyakit maklong aku..waktu ni actually kak aku tgh berpantang. xsampai 44 hari pun lagi plus kak aku bersalin caeser buat kali kedua..tapi aku paksa juga kak aku..ya la bukan siapa, maklong juga kan..macam mak kami juga..

tiba ja dekat hospital aku setlekan urusan bayar deposit RM1300 dkt cashier n bawa bil semua p ke tgkat 4 Hospital Lam Wah Ee untuk buat pemeriksaan colonoscopy untuk mak long aku..xsilap aku colonoscopy ni dimana sejenis alat atau kamera kecil yg dimasukkan melalui dubur dan usus untuk lihat lebih jelas apa yg ada dlm usus kita tu..mak long aku di cucuk lagi..tapi alhamdulillah kak aku ada sbb kak aku tegas sikit n dia warning nurse2 kat situ jgn marah mak long aku sebab mak long aku OKU..so apa2 hal just panggil kami dkt luar tempat menuggu..after 2 jam colonoscopy, aku n kak aku boleh bwa mak long aku untuk jumpa Dr.Yip pada sebelah ptg..tapi kami bawa mak long aku p makan dulu..ya la sbb malam tu mak long aku kena berpuasa untuk bersihkan n kosngkan usus..

mak long aku dh umur 55..xdpat nk faham apa yg dalam hati dia..sbb dia xnampak kan kesedihan dia n buat2 kuat..tapi aku realize ada kesedihan di sudut hati dia..'

dah petang tu untuk tggu appointment dgn dktor, kak aku yg masuk dgn mak long aku..aku hanya tggu luar ja..after kak aku keluar dari bilik tu..kak aku senyap2 bgtahu aku yg mak long aku ada kanser usus.. dan kena jumpa dr pakar puan untuk refer pasal ketumbuhan di rahim.. Dr. Yip suruh mak long aku decide bila nak buat operation buangkan ketumbuhan di usus tu..

Lepas tu, kami dibawa oleh nurse untuk jumpa Dr. Pakar Puan pula iaitu Dr. Quah Thong Sai..Dr. Quah ni juga la yg buat caeserian kat kak aku tu masa nk bersalin..so kak aku request Dr.Yip nak Dr. Quah yg refer Mak long aku punya sakit ni..n lama sgt tggu hampir sampai 6Ptg baru dpt jumpa Dr.Quah..kak aku n mak long aku juga yg masuk bilik Dr. tu..lama aku tggu dkt luar..bila dp keluar, kak aku dtg kat aku n bgtau mak long aku ada kanser rahim tahap 4..Dr.Quah ckp dah teruk n kena buat pembedahan secepat mungkin..Lam Wah Ee ada specific day untuk buat operation xsilap aku hari isnin n khamis saja..so Dr.Quah tu suruh buat hari Isnin 5 October 2015..tapi mak long aku degil n xnak..mak long aku nak buat pada hari khamis 8 October 2015..n that date pun dah di decide sbb mak long aku nak tarikh tu...n Dr.Quah kata melibatkan 3 doktor yg akan operate mak long aku nanti...iaitu Dr.Yip, Dr.Quah n Dr. Bius..n kos operation dia RM4000.

Malam tu aku terlalu sedih dgn apa yg menimpa mak long aku..xsangka dari ingatkan Hernia, rupa rupanya Kanser..2 jenis Kanser dalam satu masa...Tahap 4 pula tu..Betapa aku sedih sgt masa tu..aku menangis sepuas puasnya malam tu...tapi aku xkan tunjuk dekat mak long sbb aku xnk maklong aku tgk..aku kena kuat supaya mak long aku pun kuat hadapi semua ni..

3 October 2015

hari ni hari sabtu, dimana hari cuti lah kan..aku tgh tidur n kak aku ketuk pintu bilik aku..dia masuk n bgtau aku yg Dr.Quah telefon dia pagi tu..Dr.Quah cakap yg peluang berjaya operation tu xsampai 5%.. so, nak buat atau x operation tu.. 

Tak sampai 5% peluang untuk berjaya operation buang ketumbuhan tu sebab dah teruk Tahap 4..??

luluh hati dan perasaan aku..sampai aku terpikir baik xyah operate kalau mcm tu..tapi kak aku kata ajal maut tgn tuhan..cuba ja kita xtau..kalau dah takdir xberjaya at least skurang2 nya kita dh cuba yg terbaik dari xda usaha,,, dalam hati aku terpikir mana satu yg terbaik..even mak aku pun cakap xpayah la operate kalau mcm tu..ada 5 hari lagi masa sebelum buat operation tu..masa tu juga kak aku suruh aku bawa mak long aku pergi berjalan2 n tanya mak long aku nk p jalan mana2 ke..

dalam masa yg sama kak aku bgtau adik laki kami yg dkt sabah unguk balik since adik laki aku ni org yg kedua rapat dgn mak long aku..terus kami beli tiket flight dari tawau ke penang..tapi untuk hari selasa..2hari sebelum mak long aku nk operate..

Keadaan mak long aku masa tu nampak sedih n sentiasa tidur.. xmacam hari2 biasa...xpernah mak long aku tidur seharian.. ya allah ya tuhan ku sedihnya hati aku masa tu takut kehilangan mak long aku..aku pn ternampak mak long aku menangis bila kami belikan tiket untuk adik aku balik penang tgk mak long aku..mak long aku xbyak bercakap pun..

5 October 2015

hari ni hari isnin, kak aku dpt panggilan dari Dr.Yip tentang operation tu. Rupanya Dr.Yip belum tau lagi pasal operation ni..so bila dah confirm tntang operation akan dijalankan khamis ni (8 october 2015). Dr.Yip bgtahu jumlah operation untuk semua tu RM19 500.. Allah hu akhbar, mahalnya jumlah dia..ingatkan RM4000 ja.. rupa2nya Rm4000 tu untuk pembedahan rahim sahaja.. memandangkan mak long aku akan dpt EPF besday mak long aku..kami setujukan juga jumlah tersebut untuk operation dibuat..dan hari Rabu mak long aku akan diwardkan dah di hospital.

Sungguh dugaan mak long aku..dan ada juga hikmah di sebaliknya..mak long aku disah kan kanser apabila mak long aku hampir dapat EPF pada umur 55Tahun.. at least boleh buat sebagai kos rawatan mak long aku..tapi duit untuk mula bayar tu mak aku n mak long aku keluarkan sedikit duit masing2 sebelum mak long aku dpt EPF tu.. aku sedih kalau operation ni xberjaya, mak long aku xdpt nak merasa duit EPF mak long aku tu..EPf dia dalam RM95 000..

aku sedar masa ni..mudahnya tuhan memberi nikmat kepada kita, dan cepat juga tuhan tarik nikmat daripada kita..yg penting doa, redha dan pasrah dgn dugaan yg kita hadapi..setiap yg terjadi ada hikmah disebaliknya..

1. Hikmah dimana mak long aku di beri dugaan kanser tahap 4 tetapi mampu untuk buat rawatan kerana EPF yg bakal dapat..

2. Hikmah dan kenapa mak aku xbg aku bekerja..sebab Allah S.W.T dah aturkan yg terbaik untuk kami keluarga.. supaya aku dpat menjaga mak long aku dan bawa mak long aku pergi hospital untuk buat rawatan.. katakan kalau mak aku xhalang aku untuk terima bekerja..of course aku xakan ada masa untuk bawa mak long aku pergi check pyakit mak long aku..n maybe aku xkan realize pun yg ada bonjolan dkt perut mak long aku tu.. aku ada cerita pasal pengalaman mencari kerja dkt link ni lepas aku graduate bulan july 2015 sampai october 2015. Banyak kerja yg aku dpt aku kena tolak sebab mak aku xbenarkan n xda rezeki.

6 October 2015

Adik aku balik dari sabah hari ni..aku yg p ambil adik aku kat Penang Airport..masa tu dalam pukul 4:30 ptg..aku ambil adik aku n bila dah dalam kereta otw nk balik rumah..aku cerita semuanya kat adik aku pasal penyakit mak long aku..n aku suruh adik aku bagi semangat dkt mak long aku supaya kuat sbb aku tahu aku xmampu nk bg smgt kat mak long aku..sbb aku tau aku akan mngis..aku xnk mak long aku tgk aku mngis sbb dia akan tahu yg aku risaukan dia n mybe dia akan ingt ajal dia dah tiba...

otw nak balik tu dalam kereta..aku menangis smbil cita semua dkt adik aku..aku dah xkisah aku mngis dpn adik aku cita semua..aku nak adik aku tau apa yg jadi masa dia xda kat dgn kami..

aku sgt sensitif n emosi...hati aku cepat gila menangis n sensitif. wlaupun aku luaran kasar tapi dalam hati aku lagi lembut dari org yg berpewatakan lembut,,jujur aku akui..even aku nk berjauhan dgn fmly pun aku akan menangis..

malam ni juga aku bawa mak long aku n adik aku p makan ikan bakar dkt belakang Queensbay..sbb mak long aku kata bila adik aku balik dia nak bawa adik aku p makan...kami bertiga ja makan kat sini sbb ya aku lagi selesa hanya kami bertiga,,aku seorang yg amik berat pasal mak long aku..n dlm masa sama aku xnak mak aku kecil hati dgn aku bila tgk aku lagi ambil berat pasal mak long aku..tapi bagi aku mak aku yg lagi utama..tapi bagi aku juga mak long aku xda anak xda suami..so aku kena amik berat pasal mak long aku since mak long aku hanya rapat dgn aku n adik aku ja..plus aku slalu fikir yg mak long aku ni OKU..aku xtau apa kemahuan mak long aku yg mak long aku nak sbb dia xpernah nak bersuara..mungkin sbb dia tau dia xdak sapa dan kami hanya anak menakan dia..aku pun hampir 7 tahun jauh dgn keluarga since aku masuk asrama Form 4 (2008) sampai aku habis degree (2015)..baru waktu ni lah yg aku nk duduk dekat dgn dp..

4 comments:

  1. Salam..terima kasih sebab sudi share cerita awak...inspiring..
    tapi memang betul, kita semua mmg x berapa hargai nikmat yang Allah bagi, tp bila Allah tarik nikmat tu, baru la kita tau betapa x ternilainya nikmat yang Allah SWT tu bagi..

    semoga Allah permudahkan segala urusan awak sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. alhamdulillah maklong sy skrg dh sihat dari sakit tu.. boleh sy tahu mcm mana awak boleh baca blog sy ni?

      Delete
  2. Hi, terima kasih share kisah ini.

    Take care and stay safe.

    ReplyDelete
  3. terime kaseh share kisah nih...sedih sngt..awak mamang orang y baik.sy mak sy kanser rahim stage 4.Allahuakhbar skrang mak sy tdk sdarkan diri d hosptal kerajaan...doktor xnak oprate sbb dah stage 4...Allah saja y tahu btape sdih nya kecewa nya hati ini.setiap hari mnanggis melihat mak sy tersiksa menaggung kesakitan....Allhuakhbar sgguh berat sngat dugaan nya....

    ReplyDelete